.

iklan

Sunday, March 13, 2011

Berkerja Sendiri Lebih Baik

berkerja sendiri adalah satu benda yang best...kenapa saya kata begitu..? sebab yang pertama kita tidak
akan di arah oleh boss kita....kedua nak bangun tido pukul berapa pon boleh(asalkan business berjalan)
ketiga kita mempunyai banyak masa yang terluang(boleh buat aktiviti berfaedah)...keempat lebih banyak
experience berbanding berkerja dengan orang lain. kelima duit yang kita dapat daripada hasil penjualan
kita, kita akan berasa sangat-sangat puas dan menghargainya....


tapi satu pekara kena lalui untuk menikmati kesemua yang disenaraikan di atas iaitu kesabaran dalam
berniaga, tanpa kesabaran maka perniagaan seseorang individu itu akan menjadi kucar-kacir.
saya juga pernah melalui zaman kejatuhan berniaga(ianya amat perit yang tak terkata) apa yang saya buat
untuk bangun semula adalah dengan menenangkan diri sendiri dengan mendengar lagu-lagu yang best dan
pelahan-lahan mendengar tip motivasi kewangan dan perniagaan oleh sesiapa sahaja yang memberi tip
motivasi.

ok kita balik pada berkerja sendiri....orang malaysia kita selalu cakap
"camner nak berniaga modal pon takde la..."
orang malaysia kita bila sebut pasal berniaga mesti fikir nak ade company or office yang hebat-hebat
pastu buat pinjaman bank tup-tup bisnes lingkup..cam ner nak bayar loan tu balik...?
kita bila nak berniaga tak semestinya perlu mempunyai modal yang besar..seriously saya kata kan ada
syarikat di malaysia ini tidak membuat pinjaman loan untuk syarikat nya..dengan hanya modal RM 2000 ribu
sahaja pada permulaan dan sekarang sikit lagi nak mencecah rm 100,000 dari hasil perniagaan mereka.

perniagaan yang tiada modal pun ade tapi perniagaan online la..boleh try klik disini


bila sebut berkerja sendiri memang la sakit sikit pada mula-mula...tetapi bila sudah mendapat hasil nya
peh terasa puas hati sangat-sangat. yang penting dalam sesebuah perniagaan adalah permulaan nya iaitu modal.
jadi disini berhati-hati la semasa anda memilih jenis perniagaan yang sesuai dengan modal yang anda
ada sekarang...kalau boleh jangan la membuat pinjaman bank..kerana itu akan menyiksa diri anda di
kemudian hari, jika anda tidak dapat membayar balik.

apabila memulakan perniagaan pastikan anda betul-betul mahir dalam bidang perniagaan itu sebagai contoh
jika anda pakar dalam bidang komputer seperti repair atau pun membuat programming...perniagaan anda harus
dalam bidang tersebut jika anda tiada kemahiran dalam bidang tersebut maka perniagaan anda tidak akan maju
kehadapan malah akan merugikan anda pada masa hadapan.

kadang-kadang berkerja sendiri pun kena marah gak...mungkin kena marah dengan pembeli tapi tahan je la...
die yang bagi kita duit, so dengar dan iya kan je la apa yang dia marahkan tue, janji die kasi kita duit..
kat sini la menguji kesabaran kita...

jom mari la kita menyahut seruan kerajaan dengan berniaga kerana 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.

No comments:

Post a Comment